Tua Tetapi Masih Boleh Berkhidmat Demi Negara

Posted by Unknown On Sunday, February 27, 2011 3 comments
Oleh kerana masa singkat untuk menyedarkan pihak pengundi tentang isu-isu semasa di negara kita, saya terpaksa blog dalam Bahasa Melayu untuk menarik minat khalayak yang lebih besar walaupun saya tidak begitu fasih dalam Bahasa Malaysia.

Pagi ini, pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya. Perarakan itu diadakan untuk membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India. Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Menurut laporan di Malaysiakini, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan bahawa "golongan muda kini sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan BN yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut. Beliau menyatakan bahawa golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka.

Ahmad Shabery berkata golongan muda kini menyedari bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

Kenyataan begini kian membimbangkan saya. Apakah implikasi kenyataan itu?

Bekas Perdana Menteri Malaysia TDM, waluapun berumur lebih 80'an, kian memberi kenyataan akhbar dan aktif dalam bidang politik walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan.

Keupayaan dan kecenderungan seseorang tidaklah 100% bergantung kepada umurnya. Walaupun seseorang sudah tua, maka dengan pengalamannya dalam hidup seharian, dia lebih memahami keperluan dan kehendak kalangan orang mudah dan tua.

Dalam laporan DI SINI, beliau berkata belia India tidak sepatutnya terpengaruh dengan Hindraf kerana isu yang mereka ketengahkan adalah tidak berasas, satu pembohongan dan tidak benar. Katanya semua kaum di negara ini mempunyai isu tetapi kerajaan dapat menguruskan semua isu tersebut dengan baik.

Kejadian pagi ini seperti yang dilaporkan di SINI, menunjukkan bahawa realiti tidak sama dengan kenyataan.

Samada seorang mampu berkhidmat demi negara bergantunglah kepada hatinya, hasratnya yang tulen, kebolehannya dan juga keupayaannya dalam bidang politik dan lain-lain faktor - umur merupakan salah satu aspek saja.

Warganegara Malaysia mestilah sanggup mengundi dengan hati demi pembangunan negara. Tibalah masa agar kita berfikir tentang gambaran yang lebih besar dan kebaikan yang lebih besar bagi semua warga negara tanpa memandang jenis kelamin, kelas bangsa, atau agama.

Diharap setiap warganegara Malaysia setia dan sudi mengundi apabila masa tiba untuk Pilihanraya Ke 13. Sila KLIK sini untuk lagu SETIA.



Dengan hasrat dan impian yang sama, marilah kita mengejar harapan bahawa pada satu hari, kita semua boleh hidup dalam suasana yang berharmoni dan bersatupadu.

*Sudah lebih 20 tahun saya tidak menulis dalam BM. Saya minta maaf untuk semua kesalahan bahasa dalam posting ini yang saya tulis kerana aku mencintai Malaysia. Sekian, terima kasih.

English translation of this article is available HERE.

3 comments to Tua Tetapi Masih Boleh Berkhidmat Demi Negara

  1. says:

    A Single Vote Maam,

    Hello, susah la you tulis dalm Bahasa Malaysia. Macham saya, ada la banyak kawan2 saya pun tak berapa faham Bahasa Malaysia.

    Saya sa-orang keturunan China tetapi bila saya umur empat ka lima ka saya tak berapa ingat, bila saya beli roti chanai di kedai, ada sa orang Melayu tua tanya saya, lu budak Melayu-ka atau budak China? Begitu baik la bahasa saya masa itu. Saya pun ingat masa sekolah, MCE saratus tahun dulu, saya yang salah saorang bukan Melayu di sekolah saya, yang menduduki pemeriksaan Bahasa Mlaysia Dua yang budak2 Melayu duduki sahaja. Semua rakan2 bukan Melayu duduki Bahasa Malaysia1. Selepas itu, saya pergi luar negeri. Saya saorang Malaysia keturunan China. Jangan la sakit hati kalau di Malaysia saya panggil saya sendiri orang China, tapi bila luar negeri saya saorang Malaysia. Bukan tidak patriotic. Bila dalam kumpulan semua China, saya saorang Hokkien dan kawan saya saorang Cantonese/ Teochew tetapi dengan orang lain, kita semua orang China. Itu saja lah, jangan susah hati.

    Saya boleh ingat bila saya balik Malaysia banyak tahun dulu, saya kerja sabagai saorang sales. Ada saorang China tua customer saya tanya kenapa surname saya tidak berapa nampak di Malaysia, apa macham di tulis dalam bahasa China. Saya tidak tahu tulis nama saya dalam Bahasa China, selepas itu, dia kata kalau besok hari saya boleh jumpa dia lagi dan tahu tulis nama saya dalam Bahasa China, dia akan beli apa yang saya jual. Tentu lah saya balik belajar tulisan China malam itu dan betul2 dia beli banyak apa yang saya jual itu. Saya tidak tahu tulis Bahasa China tidak lah erti saya tidak bangga jadi saorang China. Saya akan pertahankan nama China saya dengan nyawa saya. Jangan lah lu kachau2 dengan keturunan China saya.

    Saperti itu lah juga saya akan pertahankan negera saya Malaysia walaupun tidak berapa faham Bahasa sendiri. Orang2 yang menchuri dari rakyat ia lah yang tidak patriotic bukan orang yang tidak faham bahasa. Banyak lah penyamun2 keturunan apa2 juga yang ada satu tangan di saku saya dan lagi satu tangan bersumpah sabagai orang Malaysia.

    Kita semua patut lah jahanamkan orang2 itu.

  1. says:

    Captain Obvious Puan,

    Buat pertama kali saya menelaah tulisan anda dalam Bahasa Malaysia, amat menarik sekali!

    Berkenanan dengan isu yang diketengahkan oleh anda, ia memang tepat sekali! Sama ada se-seorang itu uzur ataupun muda tidak menjadi masalah justeru usia tidak seharusnya dijadikan garis panduan. Hakikatnya, kesemuanya terpulang kepada individu masing-masing, yang pentingnya niat hati mereka dan itulah seharusnya dijadikan penilaian.

    Oh crap, my Bahasa Malaysia suck big time hahaha... ;)

    Cheers!

  1. says:

    Unknown Saudara A Single Vote dan Saudara Kepten Obvious

    Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda berdua kerana walaupun mungkin mengalami kesulitan, anda mengambil masa dan membuat usaha untuk beresonansi dengan posting saya dengan berkongsi fikiran anda di BM.

    Kedua, aku benar-benar menghargai fikiran dan pengalaman anda telah berkongsi yang menunjukkan bagaimana tulus anda tidak hanya sebagai pembaca, tapi sebagai rakyat Malaysia.

    Terima kasih telah membaca posting saya mengerikan bertulis dan kerana tidak menertawakanku haha. Anak saya mempunyai masa yang baik tertawa dan edit untuk saya ... dia hanya 12 tahun jadi saya menyedari banyak kekurangan dalam artikel ini :-).

    Ahhh it is difficult to write in BM so I am switching mode to English.

    Take care and please keep in touch. I really appreciate the connection with you both and hope to hear from you again!

    Salam

Related Posts with Thumbnails
.